Mengenai Kami
Vista Summerose
Vista Summerose adalah sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya yang merupakan sebahagian daripada rangkaian Vista Summerose Group of Companies yang telah tertubuh semenjak 1996. Ahli Lembaga Pengarah VS telah terlibat dalam urusan sistem letak kereta selama 37 tahun. Pengalaman dan kepakaran ini menyaksikan penglibatan syarikat di 38 buah bandar meliputi hampir 170,000 petak letak kereta di seluruh Malaysia.
Hasil daripada pengalaman ini, VS sedang mengorak langkah dalam mentransformasikan pengurusan trafik bandar-bandar di Malaysia ke taraf Smart City dengan memperkenalkan Smart Parking Concept yang paling menyeluruh di Malaysia. VS telah berjaya meningkatkan hasil kepada PBT-PBT dan pada masa yang sama mengintegrasikan segala aspek-aspek konsep bagi kemudahan orang awam.