Mengenai Kami

Vista Summerose Sdn. Bhd.

Vista Summerose Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya yang merupakan sebahagian daripada rangkaian Vista Summerose Group of Companies yang telah tertubuh semenjak 1996. Ahli Lembaga Pengarah VSSB telah terlibat dalam urusan sistem letak kereta selama 37 tahun. Pengalaman dan kepakaran ini menyaksikan penglibatan syarikat di 38 buah bandar meliputi hampir 170,000 petak letak kereta di seluruh Malaysia.

Hasil daripada pengalaman ini, VSSB sedang mengorak langkah dalam mentransformasikan pengurusan trafik bandar-bandar di Malaysia ke taraf Smart City dengan memperkenalkan Smart Parking Concept yang paling menyeluruh di Malaysia. VSSB telah berjaya meningkatkan hasil kepada PBT-PBT dan pada masa yang sama mengintegrasikan segala aspek-aspek konsep bagi kemudahan orang awam.

LATAR BELAKANG SYARIKAT/PENGASAS

Syarikat ini telah ditubuhkan semenjak 1996 oleh Dato Haji Nik Haidi dan Datin Hajah Anizam. Dato Haji Nik Haidi selaku pengasas telah mula melibatkan diri dalam bidang parkir pada tahun 1984 sejurus melengkapkan pengajian beliau di Institut Teknologi MARA (Kini dikenali sebagai UiTM). Ketika itu beliau bertugas sebagai Penyelia di salah sebuah syarikat parkir tempatan yang terkemuka (Asas Budiman Sdn. Bhd.) di Kuala Lumpur. Setelah melengkapkan pengajian MBA beliau di Universiti Malaya pada tahun 1995, Dato Haji Nik Haidi telah dilantik sebagai Pengurus Besar (GM) Malaysia pertama bagi sebuah operator parkir antarabangsa Secure Parking. Berbekal pengalaman dan keyakinan yang tinggi, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat untuk memulakan langkah beliau di dalam bidang parkir sendiri pada tahun 1996.

Datin Hajah Anizam merupakan isteri dan juga co-founder kepada syarikat yang telah ditubuhkan. Datin Hajah Anizam telah melengkapkan pengajian beliau di ITM (Kini dikenali  sebagai UiTM) dalam bidang CILT (Chartered Institute of Logistics and Transport) pada tahun 1984. Sebaik sahaja menamatkan pengajian beliau telah memulakan dunia kerjaya beliau sebagai Eksekutif Operasi di salah sebuah syarikat parkir tempatan yang terkemuka, Satu Padu Sdn. Bhd. Pada tahun 1993, beliau telah berkerja sebagai Operation and Eksekutif di Pernas Sime Darby Sdn. Bhd di bawah syarikat antarabangsa Hertz Rent-a-Car. Beliau telah meletakkan jawatan di syarikat lamanya dan bersama-sama dengan Dato Haji Nik Haidi membangunkan syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 1996.

Setelah beroperasi selama lebih 25 tahun, Syarikat VSSB mendukung aspirasi untuk bersama-sama dengan PBT-PBT seluruh negara bagi meningkatkan tahap pengurusan tempat letak kereta ke taraf yang tertinggi bukan sahaja setanding malahan melebihi sistem di negara-negara maju. Syarikat VSSB telah berjaya mengorak langkah bagi membawa konsep Smart Urban Mobility yang pertama di Malaysia justeru meningkatkan taraf pengurusan trafik ke taraf antarabangsa.

MISI KAMI

Menjadi syarikat Tempatan pertama yang membawa konsep Smart Urban Mobility yang lengkap dan menyeluruh melalui teknologi terkini dan meningkatkan pengurusan trafik bandar-bandar ke taraf Smart City.